Karangan 'Terbaik' UPSR


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Hajiji sampaikan hadiah kepada Mohd Salleh Tanri, Johan Tilawah Al Quran bagi anggota perkhidmatan awam



TUARAN: Mohd Salleh Tanri yang mewakili Majlis Perbandaran Sandakan ( MPS) diumumkan sebagai johan Qari pada majlis Tilawah Al Quran bagi anggota perkhidmatan awam peringkat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah pada Khamis.
Tempat kedua dimenangi oleh Apdullah @Abdullah Hj Basri @Batrik yang mewakili pihak berkuasa tempatan ( PBT) Beaufort dan ketiga disandang oleh Mohd Sahid b. Balsahati dari PBT Semporna.
Sementara itu kategori Qariah ( Wanita) Johan dimenangi oleh Puan Robineh Tajip dari PBT Beaufort , Sania Achill dari PBT Penampang mendapat tempat kedua dan ketiga pula dimenagi oleh Maimunah Lahini yang mewakili Majlis Perbandaran Tawau.
Seramai 11 peserta dari daerah Semporna, Tawau, Penampang, Sandakan, Keningau, Kota Marudu, Kudat, Tuaran dan Beaufort mengambil bahagian pada majlis Tilawah Al Quran yang berlangsung di Grand Ballroom, Shangri-La’s Rasa Ria Resort , Tuaran.
Majlis Tilawah Al Quran itu dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Hajiji Hj Noor .
Turut hadir pada majlis itu ialah Pembantu-Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar serta Edward Yong Oui Fah, Setiausaha Tetap Kementerian itu Tuan Haji Ahmad Shah Mohd Talip juga selaku Pengerusi Penganjur dan Pegawai Daerah Tuaran Awang Shamsi Jamih.

Persekitaran kampung di Pulau Mantanani, Kota Belud

KOTA BELUD: Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Hj Dahlan menggesa SESB supaya dapat menambah tempoh bekalan elektrik janakuasa diesel ke kampung Pulau Mantanani, Kota Belud.

Ini katanya, penduduk di kampung berkenaan hanya dapat menikmati bekalan elektrik selama 12 jam bermula dari enam petang hingga enam pagi.

“ Penduduk kampung Mantanani telah mengemukakan permohonan kepada saya supaya SESB dapat memanjangkan tempoh bekalan elektrik, ini kerana mereka hanya memperolehi elektrik pada waktu malam sahaja, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan dengan menaiki helikopter ke Pulau Mantanani, Kota Belud pada sabtu lalu.

“ Saya juga hairan kenapa ada makmal komputer tetapi bekalan elektrik hanya dapat dibekalkan selama 12 jam itupun pada sebelah malam sahaja.

“Persoalannya bagaimana mereka boleh memanfaatkan kemudahan itu dengan lebih efisien jika sumber elektrik hanya diperolehi pada sebelah malam, katanya.

Berdasarkan lawatan yang dibuat di Pulau itu, beliau amat kagum dengan kegigihan para penduduk kampung bekerja dan beliau percaya dengan adanya kemudahan bekalan elektrik umpamanya sudah tentu pelbagai aktiviti perekonomian dapat dilakukan untuk meningkatkan lagi sumber pendapatan.

Dalam pada itu beliau juga menggesa Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah itu supaya mengadakan program pencegahan kebakaran kepada para penduduk di Pulau Mantanani sebagai persediaan para penduduk di pulau itu bagi menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran di masa hadapan.

Memandangkan Pulau Mantanani hanya boleh dihubungi dengan jalan laut maka amat wajar sekiranya Jabatan berkenaan mengadakan program tersebut untuk faedah penduduk di pulau itu.

Sehubungan itu katanya, beberapa projek telah diluluskan di pulau Mantanani itu antaranya memberikan dua buah khemah pasang siap, kerusi sebanyak 200 buah, pembaikan sekolah berjumlah RM90 ribu, melengkapkan keperluan masjid dan membaiki lima buah rumah bernilai RM70 ribu.


TUARAN: Penguatkuasa Majlis Daerah Tuaran ( MDT) merampas sebanyak 239 rokok pelbagai jenama dalam satu operasi di sekitar pekan pada 19 Mei lalu .

Operasi selama dua jam yang diketuai oleh Penolong Penguatkuasa MDT Jasni Alip dan lapan orang anggota penguasa dilakukan di sekitar kawasan kaki lima kedai Jalan Datu Dahlan dan Pasar sayur.

Menurut Jasni, kesemua rokok yang bernilai RM 600 itu dirampas daripada penjaja haram yang berniaga di sekitar kaki lima di kawasan tersebut.

Dalam operasi itu mereka menemui sejumlah rokok yang masing-masing disembunyikan di dalam tong sampah, belakang restoran dan di bawah meja milik peniaga sayur.

terdapat juga penjaja rokok terbabit yang lari lintang pukang selepas menyedari kehadiran kami membuat operasi di kawasan mereka berniaga.

Katanya, pihak mereka juga banyak menerima aduan daripada peniaga yang kurang senang dengan kehadiran para penjaja haram yang berniaga di sekitar premis mereka.

Mereka mendakwa kehadiran penjaja haram itu bukan sahaja menganggu laluan orang ramai tetapi menganggu perniagaan mereka.

Sehubungan itu katanya, para peniaga terbabit diminta supaya memberikan kerjasama dengan melaporkan segera sekiranya terdapat penjaja haram berniaga di sekitar premis mereka bagi memudahkan MDT bertindak.


TUARAN: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Hajiji Hj Noor berkata, para pengusaha pelancongan didaerah ini disaran agar lebih kreatif dan berdaya maju dalam memperkenalkan hasil produk mereka agar Tuaran terus menjadi salah satu destinasi pilihan pelancong.

Katanya, banyak sumber yang boleh diterokai dalam merancakkan industri pelancongan di daerah ini bagaimanapun semua itu tertakluk kepada hasil daya usaha dan komitmen para pengusaha pelancongan itu sendiri untuk memastikan Industri tersebut terus berkembang.

Tuaran sememangnya kaya dengan pelbagai produk yang boleh diketengahkan untuk dijadikan sebagai tarikan dalam industri pelancongan.

Selain kaya dengan kebudayaan suku kaumnya , Tuaran juga masih memiliki khazanah alam semulajadi seperti hutan bakau yang masih tidak terusik sekaligus menjadi daya tarikan bagi daerah ini untuk terus dikunjungi.

Sambil mengambil contoh perkhidmatan perahu yang diusahakan oleh pengusaha pelancongan kecil-kecilan di daerah ini mampu menarik perhatian pelancong.

Perkhidmatan perahu membawa pelancong menyelusuri Teluk Mengkabong untuk menyaksikan kehijauan hutan bakau, melawat rumah bajau dan melihat kunang-kunang di Sungai Tambalang mampu memberikan pendapatan kepada pengusahanya sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit sebulan.

Trend pelancong pada masa kini katanya, lebih cenderung kepada aktiviti luar dan berasaskan alam semulajadi, inilah yang harus diberi perhatian dan keutamaan oleh para pengusaha pelancongan.

Meskipun hanya perkhidmatan itu berupa pengangkutan air namun sudah cukup memberi pendapatan yang lumayan kepada pengusahanya.

Sehubungan itu katanya, para pengusaha pelancongan seharusnya proaktif dan kreatif dalam mencipta perkhidmatan yang lebih menarik agar industri pelancongan di daerah ini tidak malap.

Hajiji berkata,Jangan terlalu mengharapkan kepada kerajaan semata-mata sebaliknya berusaha mencari inisiatif dengan bersandarkan kepada keupayaan dan kreatif dalam menghidupkan industri pelancongan di daerah ini.
Bukit di belakang Bangunan Taska Kemas dikhuatiri runtuh bia-bila masa

Tadika Kemas yang masih beroperasi di kampung Penimbawan bakal berpindah ke bangunan baru


TUARAN: Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung ( JKKK) Penimbawan merayu kepada pihak KEMAS supaya membuka semula Taman Asuhan Kanak-Kanak( TASKA) di kampung itu yang ditutup sejak 2005.

Jaukal Badar berkata, jumlah kanak-kanak yang belajar di TASKA pada tahun tersebut ialah seramai 20 orang masing-masing berusia lima tahun.

Katanya, TASKA itu terpaksa ditutup kerana keadaannya yang tidak selamat disebabkan kedudukan bukit yang terletak di belakang bangunan itu dibimbangi runtuh bila-bila masa.

Kedudukan bangunan TASKA yang terletak di lereng bukit menyebabkan KEMAS terpaksa menutup bangunan itu, katanya ketika ditemui di sini.

Sejak daripada itu, tidak ada lagi kelas TASKA di kampung itu melainkan sebuah Taman Didikan Kanak-Kanak ( Tadika)Kemas yang masih beroperasi dengan jumlah pelajar seramai 29 orang.

Namun bagi Tadika Kemas tidak ada masalah memandangkan ia akan berpindah ke bangunan sendiri yang ketika ini sedang dalam proses pembinaan di kampung itu dan dijadualkan siap pada penghujung tahun ini.

Beliau berpendapat bangunan Taska itu masih selamat digunakan sekiranya kawasan bukit itu dibina " slope" di lereng bukit bagi mengelak daripada runtuh terutamanya pada musim hujan.

Mereka di kampung ini merayu kepada pihak berkenaan supaya membuka semula TASKA Kemas, ini kerana dari tahun ke tahun jumlah kanak-kanak semakin bertambah dan amat memerlukan pendidikan asas persekolahan.

Sehubungan itu beliau bersedia memberi bekerjasama kepada Kemas dalam bentuk idea bagi mencari satu pendekatan terbaik dalam memastikan kemudahan tersebut dapat dimanfaatkan oleh di kalangan kanak-kanak di kampung itu.