Karangan 'Terbaik' UPSR


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.







Seramai 313 orang Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara ( PLKN) Kumpulan 3 siri 6/2009 Kem Di Bawah Bayu, Tuaran mendaftarkan diri pada 16 Jun lalu. Pada hari pertama pendaftaran, Komandan Kem Di Bawah Bayu Mejar Omar Hj Selamat telah memberikan taklimat kepada wira dan wirawati mengenai kursus-kursus termasuk multiskil yang disediakan selama tiga bulan di kem itu.


Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah ( Ko –Nelayan) akan mencari formula terbaik dalam mengatasi ‘ kutu air’ yang menjangkiti ikan ternakan dalam sangkar menerusi Penyelidikan dan Pembangunan ( R&D).

Pengerusi Ko Nelayan Datuk Samsuddin Yahya berkata, meskipun jangkitan ‘kutu air’ tidaklah seserius di Semenanjung namun usaha untuk menanganinya perlu dilakukan segera.

Shamsuddin berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak projek sangkar ikan Ko Nelayan di Kampung Trayong dekat sini pada 10 Jun 2009.

Katanya, buat masa ini cara terbaik untuk merawat ikan ternakan daripada mati akibat jangkitan ‘ kutu air”itu ialah melakukan rawatan dalam bentuk pemindahan ke dalam tangki berisi air tawar.

Rawatan itu katanya terpaksa dilakukan secara berulang-ulang dan membazirkan masa serta kos.

Katanya, jika pemindahan kerap dilakukan ia boleh mengakibatkan kematian pada ikan (ini kerana ikan boleh mengalami ‘ stress’ disebabkan pemindahan air tawar ke air masin ).

Namun beliau berpendapat masalah boleh diatasi sekiranya ada formula terbaik untuk mencegah ‘ kutu air “ itu sekaligus menjimatkan masa juga kos.




Laluan kanopi yang dibina dari pokok ke pokok untuk memberi kemudahan melihat panorama alam semulajadi sebenarnya memberikan suatu nilai tambah kepada sesebuah pusat peranginan untuk terus dikunjungi para pelancong tidak kira tempatan mahupun luar negara.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata, dengan adanya kemudahan laluan kanopi di setiap pusat pelancongan secara tidak langsung memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan sendiri panorama alam semulajadi secara lebih dekat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan laluan kanopi yang baru di Shangri-La’s Rasa Ria Resort pada 14 Jun 2009.

Masidi amat kagum dengan kehijauan hutan, keindahan pantai yang boleh disaksikan daripada kanopi itu.

Malah kehadiran anak orang utan yang bernama Gembira, berusia 4 tahun yang turut berada di atas Kanopi itu mendapat perhatian beliau.


Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman HJ Dahlan ketika menghadiri Seminar Parlimen Komanwel ke 21 di Sydney Australia.Beliau mewakili parlimen Malaysia.

Selain dari Malaysia, peserta seminar juga terdiri dari Cameroon, Mauritius, Namibia, Tanzania, Pakistan, Sri Lanka, Australia, Malta, UK, Canada, Kepulauan Caribbean, India, New Zealand dan Pulau Solomon.

Peserta-peserta ini mewakili kerajaan dan juga pembangkang. Pembangkang dari Malaysia diwakili oleh YB Abd Isa Ismail, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah.


Anak kucing bermata satu: SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, pagi kelmarin menemui seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip kera yang dilahirkan seekor kucing liar di pekarangan stor itu. Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya 24 jam saja selepas ia ditemui mati pagi semalam ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu. Biarpun sedih dengan kejadian itu, beliau menganggap anak kucing itu memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan.
Pada suatu hari ada seorang asli pergi ke Balai Polis untuk membuat aduan tentang kematian kawannya.
Orang Asli:Datuk...saya datang ni nak buat report tentang kematian kawan saya,dia dibaham oleh harimau.
Polis: Pukul berapa?
Orang Asli:Tak pukul tok,harimau tu terkam jer.
Polis: Habis tu?
Orang Asli: Habis tak habislah tinggal tulang je.

Senyum kambing

Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas... Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari kerja (shift malam). Tayar motor pancit pulak tu. Jadi kena lah sorong motor. Rumah jauh jugak lagi. Sampai kat satu simpang, Dol dan Man pun ambik le short-cut. Nak cepat sampai sebab dah ngantuk sangat. Tapi shortcut tu lalu kat kubur cina. Seram jugak dua orang tu tapi buat-buat berani sambil buat-buat lawak... tak nak tunjuk takut le tu. Tiba-tiba dengar macam bunyi orang buat mengetuk batu. Bulu roma Dol dan Man dah tegak... Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu kat satu kubur. Rupa-rupanya sorang apek sedang memahat batu kubur. "Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam... bikin orang suspen saja... esok siang buat laa...", kata si Dol (marah-marah). "Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis...", kata apek tu...

pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datangla seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. "bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."



Pada suatu hari ada seorang asli pergi ke Balai Polis untuk membuat aduan tentang kematian kawannya.
Orang Asli:Datuk...saya datang ni nak buat report tentang kematian kawan saya,dia dibaham oleh harimau.
Polis: Pukul berapa?
Orang Asli:Tak pukul tok,harimau tu terkam jer.
Polis: Habis tu?
Orang Asli: Habis tak habislah tinggal tulang je.


Seorang wartawan pergi ke sebuah pusat peranginan untuk berehat.. Setelah dua hari berada di pulau itu.., tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak diduganya iaitu tempat itu telah dibom dan hampir 10 buah rumah rehat musnah serta dan beberapa lagi cedera parah..

Petang itu Pengarang tempat dia bekerja teringat yang wartawan itu berada dipulau tersebut telah menelefon dan menyuruh wartawan itu mengirimkan berita terkini untuk disiarkan dalam akhbarnya.

"KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA" kata Pengarang Akhbar.

Mereka membiarkan satu halaman kosong di muka depan surat khabarnya untuk diisi berita mengenai peristiwa pengeboman tersebut.

Akhirnya Pengarang Akhbar itu menerima surat balasan dari si wartawan... bunyinya:

"JANGAN BIMBANG SAYA SELAMAT"
Pulakkk..

Pada suatu petang sorang menteri memandu kereta. Dia mahu melawat anaknya di sebuah universiti. Apabila tiba di pintu pagar universiti, dia ditahan oleh pengawal
"encik nak kemana"
"saya nak jumpa anak saya" kata menteri.
"encik kena ambil pas masuk. sila letak kereta di tepi" pengawal bersuara lembut
"awak tak kenal siapa saya? menteri bersuara tinggi.
"saya tak kenal encik " jawab pengawaL.
" dunia pun kenal saya tau " sergah menteri.
"maaf encik hari ini dunia tak bertugas. saya yang bertugas" pengawal menatap muka menteri.

Tidak kira di mana dan keadaan solat wajib dilakukan




Pulau Mantanani, Kota Belud



KOTA BELUD: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Hj Dahlan berkata, penduduk di Pulau Mantanani wajar menjaga kebersihan pantai pulau itu bagi memastikan ia terus menjadi kunjungan para pelancong ke negeri ini.

Keindahan pulau berkenaan yang beliau sifatkan sungguh luar biasa itu memerlukan perhatian daripada penduduk di situ kerana ia merupakan antara destinasi pelancongan yang terindah di Kota Belud.

Katanya,sewaktu menghampiri Pulau Mantanani melalui udara, beliau melihat keindahan pulau itu yang cukup luar biasa. Airnya yang begitu jernih dan berwarna hijau biru pasti akan memukau mata sesiapa yang memandang.

Pemandangan dari udara itu katanya seolah-olah melihat syurga dunia yang sungguh cantik.

Abdul Rahman menyaksikan sendiri keindahan Pulau Mantanani melalui udara ketika mengadakan lawatan ke pulau itu.

Namun katanya, keindahan itu boleh terus dinikmati sekiranya kebersihan pantai dipelihara dengan mengamalkan pembuangan sampah yang lebih bersistematik.

Katanya, Pulau Mantanani sememangnya sudah dikenali di kalangan pelancong luar namun penduduk di pulau itu harus lebih pro aktif menangani masalah kebersihan berikutan sampah sarap yang dibuang merata- rata tempat.

Sehubungan itu katanya, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung ( JKKK) dan Ketua Kampung wajar memainkan peranan mereka dengan bekerjasama dengan penduduk di situ mengadakan gotong royong membersihkan sampah sarap di persekitaran pulau tersebut.

Dalam pada itu beliau juga mendapati penduduk di Pulau berkenaan tidak memperolehi apa-apa sebarang hasil ataupun sumber pendapatan sampingan daripada kehadiran pelancong luar negara yang datang ke situ.

Ini adalah disebabkan penduduk di Pulau berkenaan tidak memiliki kemahiran untuk menghasilkan kraftangan atau cenderahati yang boleh dijual kepada pelancong.

Beliau juga teringat keadaan di kawasan "ghetto" di Afrika Selatan. Walaupun mereka miskin tetapi mereka mempunyai kemahiran untuk membuat produk pelancongan hasil tangan mereka. Kenapa penduduk mantanani tidak berusaha ke arah itu?

Dalam perkara itu beliau telah berbincang dengan Pengarah Kemas Sabah yang turut serta dalam lawatan beliau ke pulau itu supaya menyediakan kursus kemahiran kepada para penduduk Mantanani.

Beliau berharap pihak Kemas akan dapat mengadakan kursus kemahiran kepada penduduk di Pulau itu terutamanya yang berkaitan dengan peluang-peluang yang boleh diraih seterusnya dapat menambah pendapatan mereka selain bergantung hidup kepada perikanan semata-mata.
Dengan Kekuasaan Allah berlakulah Tsunami, Kilat, Gempa Bumi dan Banjir Besar