Wanita Usia Tuaran mengikuti Program Bina Wadah



Tan Sri Dato Muhd Ali Hashim menyampaikan ceramahnya" ketam berjalan betul".
Pada 7 dan 8 November lalu saya mengikuti program Bina Wadah anjuran Dewan Perdagangan Islam Malaysia ( DPIM)bertempat di Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu. Saya salah seorang ahli pergerakan Wanita USIA Tuaran.
Apa yang menariknya program Bina Wadah ini ialah ia membuka minda dan hati cara bagaimana untuk membuat persediaan seterusnya memulakan langkah ke dunia perniagaan yang lebih bersifat global.
Jika sebelum ini saya menganggap perniagaan ini suatu perkara yang amat menakutkan apa lagi dengan persaingan, cabaran dan hambatan modal yang sering dipersoalkan. Namun setelah mengikuti program ini sedikit sebanyak minda dan hati mula mahu mencuba menceburkan diri dengan perniagaan.
Saya juga amat tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh Tan Sri Dato Muhammad Ali Hashim yang merupakan Timbalan Presiden DPIM juga selaku Ketua Eksekutif Johor Corporation.
" Jihad Bisnes Dalam Perjuangan DPIM" yang antara lain kandungan isi ceramah beliau ialah Ketam berjalan dengan betul'.
Kata beliau hari ini kia sangat memerlukan lebih ramai Melayu-Muslim terbabit dalam bisnes. Seperti di engara maju, faktor kejayaan mereka ialah kehandalan dan kelebihan bersaing serta pembabitan majoriti warga negara termasuk daripada kalangan remaja dalam bidang bisnes.
Ini menjadikan mereka berupaya melipatgandakan penambah nilai ekonomi dan menjana harta kekayaan negara secara berterusan.
Malangnya jika dperhatian pembabitkan remaja Melayu-Muslim dalam bisnes begitu sedikit akibat daripada ceteknya budaya bisnes sebagai pengalaman hidup.
Mungkin juga terdapat halangan minda dan persepsi yang melemahkan semangat dan membuatkan kita kurang berminat untuk menceburi bidang bisnes.
Kata beliau lagi, Ramai anak muda Muslim yg berminat untuk berniaga bertanggapan bahawa payah untuk brjaya dan bersaing dengan kaum lain kerana sebagai muslim, terpaksa mematuhi sepenuhnya pantang larang dan halal haram sebagaimana yang digariskan Islam.
Mungkin ramai yang berfikiran " Bagaimana mahu cepat kaya dan berjaya tanpa menipu atau memutar belit? Mereka yang cetek budaya bisnes mudah terpengaruh dengan persepsi ini.
Lebih dahsyat apabila usaha mengumpul kekayaan dianggap sebagai materialistik dan gila harta. sedangkan mereka terlupa maksud hadis yang menyatakan " Kefakiran membawa kepada kekufuran" dan hakikat bahawa antara yang palng dimurkai oleh Allah ialah kecuaian hingga menyebabkan umat kehilangan harta.
Justeru terdapat remaja yang bersikap anti-dunia, anti-bisnes lalu memandang seorang terhadap harta kekayaan dan tidak menggangap bisnes sesuatu yang penting untuk dijadikan perjuangan hidup.
Kesannya ramai yang hilang keyakinan bahawa sebenarnya ahli bisnes Melayu-Muslim boleh berjaya dan kaya andainya berbisnes bersungguh-sungguh, berjimat cermat, berusaha gigih, jujur dan amanah.
Jika ada usaha untuk menggalakkan cara bisnes dengan jujur dan amanah , ia hanya mengundang cemuhan dan diumpamakan seperti " Ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul"!
Persoalan pertama , siapa kata ketam berjalan tidak betul?Adakah ia berjalan dengan melanggar fitrah kejadiannya? Tidakkah cara berjalan si ketam serasi sepenuhnya dengan diri, watak dan jiwanya sekalipun bertentangan dengan cara berjalan makhluk yang lain yang bersaing dengan ketam dalam perlumbaan kehidupan?
Soalan kedua siapa yang akan menang andainya ketam kebingungan , hilang jatidiri dan tidak lagi berjalan mengikut fitrah dirinya?
Tahap sinis yang tinggi ini perlu segera diketepikan. Sebeanrya cara ibu ketam mengajar anaknya berjalan dengan tenkun sabar sekalipun bertentangan dengan cara aingannya adalah di atas landasan yang betul.
Dalam persekitarannya anak ketam akan bersaing dengan rakan-rakannya seperti anak siput, lintah umang-umang dan belangkas. Masing-masing dengan sifatnya yang tersendiri. Anak siput mewakili mereka yang sewenang-wenangnya menghalalkan segala cara semata-mata untuk berjaya dan menang bersaing.
Selain itu anak lintah dan gamat sebg mewakili mrk yang berbisnes dengan cara memeras dan menindas seolah-olah menyedut darah orang lain.
Seterusnya anak umang-umang juga didapati akan berlumba dan bersaing dengan anak ketam di pantai. Umang-Umang mewakili makhluk yang gemar mengambil harta orang lain tanpa izin kemudian diletakkan di bahu atau di belakang mereka, dipikul ke sana ke mari setelah menjadikan semua harta itu sebagai milik sendiri.
Perhatikan bahawa semua saingan ketam ini, mengikut fitrahnya berjalan dan berlari ke depan mengikut letak kedudukan mata dan muka masing-masing sedangkan ketam dikenali sebgai mahluk yang berjalan mengiring.
Siapakah yang paling tangkas berlari dan menang dalam perlumbaannya? Pasti si Ketam. Namun untuk menang keempat-empat saingannya akan berusaha menghasut si ketam untuk menurut peraturan yang mereka tetapkan iaitu berlari ke depan mengikut kedudukan mata dan muka seperti mereka.
Andai ketam patuh kepada hasutan ini sudah tentu ketam akan hilang pertimbangan, kebingungan dan akhirnya tewas.
Tegasnya, Melayu-Muslim yang hendak berjaya dalam persaingan hidup termasuk bisnes perlu mengenal jatidiri, kekuatan dan fitrahnya. Sebagai seorang muslim kita perlu mempunyai kekuatan diri dan fitrah jiwa.