AJK Wanita USIA Tuaran yang menghadiri majlis rumah terbuka di Dewan Hikmah, Masjid An Nur.
TUARAN: Dalam pembentukan ahlijawatankuasa Wanita USIA bahagian Tuaran bagi sesi 2009-2012 menyaksikan sebahagian ahlinya adalah muka-muka baru.
Bagi Jawatan Ketua Wanita USIA Tuaran, Puan Salbiah Agum masih kekal memegang jawatan itu, Timbalan Ketua disandang oleh Puan Arbah Maya, Rusnah Binti Simbun ( Setiausaha), Rusbah Hj Abdul Razak ( Bendahari) dan Syarmilah Salleh ( Penerangan).
Lima jawatankuasa lain ialah Puan Dayang Norziah Hj Nordin, Zubaidah Dulariff, Jainab Hj Madali, Halimah Jahan dan R.Yati Kasimin.
Sementara ajk yang dilantik terdiri daripada Nesmah Hj Bakar, Nurin Bidin, Salinah Akum, Asmah Masahat dan Hanisah Hj Ibrahim.
TUARAN:Kehadiran sekumpulan semut yang membentuk seolah-olah ‘kalimah Allah’ di atas lantai sebuah masjid amat mengejut seorang lelaki ketika hendak mengerjakan solat Maghrib.
Dr.Tariq Iqbal, yang merupakan Pegawai Perubatan di Hospital Tuaran memberitahu, fenomena aneh itu berlaku pada 10 September lalu ketika itu umat Islam sedang mengerjakan puasa yang ke 20 hari.
Menurutnya,pada hari tersebut, beliau menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid An Nur, di Putrajaya berhampiran UMS Kota Kinabalu. Ketika hendak menunaikan solat maghrib beliau terlihat sekumpulan semut hitam berjalan di atas lantai lalu membentuk seolah-olah ‘ kalimah Allah’.
Beliau tergamam melihat kejadian itu dan ia berlaku agak cepat bagaimanapun beliau sempat merakamkan kejadian itu dengan menggunakan kamera telefon bimbit.
Selain beliau, beberapa rakannya yang berada di masjid itu turut menyedari kejadian itu.
Dr Tariq berkata, apa yang dilihat di hadapan matanya itu merupakan antara kebesaran Allah terutamanya pada bulan Ramadan.
Kejadian itu katanya benar-benar memberi kesan dalam dirinya dan akan menyimpan gambar tersebut sebagai kenang-kenangan untuk dikongsikan bersama keluarga dan rakan.
Langgan:
Catatan (Atom)