TUARAN:Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Hajiji Hj Noor berkata, masyarakat Islam khususnya di daerah ini wajar menanam nekad dan meningkatkan semangat dalam menghijrah diri atau tranformasikan diri ke arah minda dan budaya yang lebih cemerlang.
Beliau berkata, sempena tahun baru tranformasi diri memang wajar dilakukan sejajar dengan konsep hijrah itu sendiri dalam mengikis segala sikap negatif yang menghalang perubahan ke arah yang lebih cemerlang.
Katanya, hijrahlah diri untuk sentiasa berprestasi lebih baik walau apa pun peranan samada sebagai pemimpin mahupun rakyat.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Maal Hijrah 1431/2010M peringkat daerah bertempat di Dewan Hikmah Masjid An Nur di Tuaran, Jumaat.
Apa yang lebih penting kata Hajiji ialah masyarakat Islam d daerah ini perlu lebih berusaha meningkatkan kejayaan dan membina kekuatan ummah sejajar dengan tema sambutan Maal Hijrah tahun ini iaitu ‘ Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah.
‘Kini sudah tiba masanya untuk kita mentransformasi diri ke tahap yang lebih baik sehingga mencapai suatu keberhasilan yang lebih memberangsangkan’, katanya.
Di majlis itu Hajiji turut menyampaikan anugerah ‘Khalid Al-Walid’ kepada Tuan Hj Razali Daud dari Kampung Tambalang kerana jasanya sebagai pendidik.
Sementara itu Masjid At Taqwa Perumahan Laya-Laya dipilih untuk menerima anugerah masjid/ surau cemerlang.
Perhimpunan Maal Hijrah itu dimulakan dengan alunan Asmaul Husna kemudian bacaan Al Quran daripada adik Syed Mohd Ridzuan b. Raflee,Persembahan Nasyid daripada kumpulan An Najah, SK Rugading Tuaran dan Ceramah Khas Maal Hijrah oleh Ustaz Bongsu Aziz Jaafar Pensyarah Pemikiran Islam UITM.
Lebih 100 orang menghadiri perhimpunan Maal Hijrah tahun ini.
Langgan:
Catatan (Atom)