TUARAN: Mohd Salleh Tanri yang mewakili Majlis Perbandaran Sandakan ( MPS) diumumkan sebagai johan Qari pada majlis Tilawah Al Quran bagi anggota perkhidmatan awam peringkat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah pada Khamis.
Tempat kedua dimenangi oleh Apdullah @Abdullah Hj Basri @Batrik yang mewakili pihak berkuasa tempatan ( PBT) Beaufort dan ketiga disandang oleh Mohd Sahid b. Balsahati dari PBT Semporna.
Sementara itu kategori Qariah ( Wanita) Johan dimenangi oleh Puan Robineh Tajip dari PBT Beaufort , Sania Achill dari PBT Penampang mendapat tempat kedua dan ketiga pula dimenagi oleh Maimunah Lahini yang mewakili Majlis Perbandaran Tawau.
Seramai 11 peserta dari daerah Semporna, Tawau, Penampang, Sandakan, Keningau, Kota Marudu, Kudat, Tuaran dan Beaufort mengambil bahagian pada majlis Tilawah Al Quran yang berlangsung di Grand Ballroom, Shangri-La’s Rasa Ria Resort , Tuaran.
Majlis Tilawah Al Quran itu dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Hajiji Hj Noor .
Turut hadir pada majlis itu ialah Pembantu-Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar serta Edward Yong Oui Fah, Setiausaha Tetap Kementerian itu Tuan Haji Ahmad Shah Mohd Talip juga selaku Pengerusi Penganjur dan Pegawai Daerah Tuaran Awang Shamsi Jamih.