Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah ( Ko –Nelayan) akan mencari formula terbaik dalam mengatasi ‘ kutu air’ yang menjangkiti ikan ternakan dalam sangkar menerusi Penyelidikan dan Pembangunan ( R&D).
Pengerusi Ko Nelayan Datuk Samsuddin Yahya berkata, meskipun jangkitan ‘kutu air’ tidaklah seserius di Semenanjung namun usaha untuk menanganinya perlu dilakukan segera.
Shamsuddin berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak projek sangkar ikan Ko Nelayan di Kampung Trayong dekat sini pada 10 Jun 2009.
Katanya, buat masa ini cara terbaik untuk merawat ikan ternakan daripada mati akibat jangkitan ‘ kutu air”itu ialah melakukan rawatan dalam bentuk pemindahan ke dalam tangki berisi air tawar.
Rawatan itu katanya terpaksa dilakukan secara berulang-ulang dan membazirkan masa serta kos.
Katanya, jika pemindahan kerap dilakukan ia boleh mengakibatkan kematian pada ikan (ini kerana ikan boleh mengalami ‘ stress’ disebabkan pemindahan air tawar ke air masin ).
Namun beliau berpendapat masalah boleh diatasi sekiranya ada formula terbaik untuk mencegah ‘ kutu air “ itu sekaligus menjimatkan masa juga kos.