Laluan kanopi yang dibina dari pokok ke pokok untuk memberi kemudahan melihat panorama alam semulajadi sebenarnya memberikan suatu nilai tambah kepada sesebuah pusat peranginan untuk terus dikunjungi para pelancong tidak kira tempatan mahupun luar negara.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata, dengan adanya kemudahan laluan kanopi di setiap pusat pelancongan secara tidak langsung memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan sendiri panorama alam semulajadi secara lebih dekat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan laluan kanopi yang baru di Shangri-La’s Rasa Ria Resort pada 14 Jun 2009.
Masidi amat kagum dengan kehijauan hutan, keindahan pantai yang boleh disaksikan daripada kanopi itu.
Malah kehadiran anak orang utan yang bernama Gembira, berusia 4 tahun yang turut berada di atas Kanopi itu mendapat perhatian beliau.