
Sistem tagal atau tadahan ikan yang diamalkan masyarakat terutama di kawasan pedalamani Sabah mampu memelihara hidupan dan eko sistem sungai daripada musnah serta pupus.
Tagal merupakan suatu program yang membolehkan masyarakat memainkan peranan sebagai pemulihara dan penjaga alam sekitar.
Sekiranya tidak ada usaha sedemikian dilakukan sudah tentu hasil sungai atau laut akan berkurangan.
Berdasarkan kajian jika tidak ada usaha sedemikian,sumber hidupan sungai akan pupus dan keadaan itu dijangka berlaku pada tahun 2050.
Menariknya bila sudah sampai masa untuk menuai ikan, peralatan seperti jalan atau pukat sahaja yang digunakan untuk menangkap ikan.. pendek kata “ tagal” berkonsepkan mesra alam.
Sistem tagal ini juga dijalankan secara berkumpulan dan mengikut zon yang sudah direkodkan oleh Jabatan Perikanan.Pada masa menuai ikan, mereka yang terlibat boleh menjual hasil tangkapan mereka.
Lazimnya ikan kela atau bilut merupakan ikan yang paling banyak ditangkap.
Rekod Jabatan Perikanan Sabah juga menunjukkan kawasan tagal yang paling maju ialah di daerah Ranau , ini kerana ahli-ahlinya mampu meraih pendapatan daripada RM 300 hingga RM1,000 setiap kali menuai ikan.