TUARAN:Pengerusi Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah ( Ko –Nelayan) Datuk Hj Samsudin Yahya berkata, Ikan air tawar Talapia, Keli dan Udang Putih berpotensi tinggi untuk dikomersilkan yang mampu memberikan hasil pendapatan yang tinggi berikutan permintaan tinggi di pasaran.
Justeru itu katanya, suatu pendekatan terbaik perlu dilakukan dengan memastikan bekalan sentiasa mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran.
Samsudin berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja pertama sejak dilantik menjadi Pengerusi Baru Ko Nelayan ke KompleksPembenihan Ko –Nelayan di Laya-Laya, Tuaran pada 15 Januari 2009.
Katanya, permintaan terhadap Udang Putih dan Udang Harimau sememangnya amat menggalakkan kerana para pembeli berpendapat bahawa udang air laut lebih sedap berbanding udang air tawar.