Karangan 'Terbaik' UPSR


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Ada apa pada nama...

"Syar", "milah", "syarmilah" " Syamila", "lah" itu adalah panggilan nama yang kerap digunakan sebahagian besar kawan-kawan aku. Ada kalanya setiap panggilan nama itu mengambarkan kemesraan, keakraban ,kemanjaan, kehormatan , keseganan ( adakah istilah ini) mereka kepada kita.

Umpamanya Syarmilah, satu nama tetapi boleh dipanggil dengan pelbagai versi juga intonasi yang berbeza-beza. Bagi aku kalau seseorang itu panggil aku dengan nama " Syarmilah" mesti panggilan itu datangnya daripada orang yang baru aku kenal atau mereka yang ada urusan rasmi dengan aku ( ceh.. macam pegawai atasan pulakkk.)

Jika " Syar" pula , tentunya yang panggil itu adalah daripada kalangan kawan-kawan aku yang pernah bekerja satu pejabat, lain pejabat atau mereka yang kenal masa aku sedang bekerja mungkinlah kot..)

Tapi kalau orang panggil aku dengan nama " Milah" pula biasanya mereka adalah kalangan rakan rapat yang sudah anggap aku macam saudara sendiri.

Panggilan nama "Syarmilah" dengan " Syamila" tidak sama dari segi sebutan... Syarmilah disebut dengan nada agak kasar sedikit tetapi kalau syamila pula meskipun orang itu tengah hot dengan aku tapi masih sedap didengar... biasanya bos ( chief editor ) aku yang panggil nama syamila. walaupun ada kalanya aku rasa seram sejuk bila terima call daripada dia sekurang-kurangnya sedap juga telinga aku dengar bila dia dengan sling Indianya panggil aku "syamila" bilamasa u hantar gambar? Atau kakak Judith ( telefonis di head office ) " syamila . tunggu bos mau cakap.. ( tak apa sebenarnya tu..cuma aku yang agak alergik kalau terima call daripada opis atau bos he he he..

Ah.. kalau " Lah" biasanya yang panggil aku ni... kalangan adik beradik.. sepupu dan makcik dan keluarga.

Ada lagi panggilan yang cukup istimewa bagi aku " Lang".. arwah bapa aku saja yang panggil aku dengan nama itu.Tapi kalau time marah arwah bapa pasti panggil aku dengan nama " Milah". kalau dia panggil aku sebegitu aku taulah dia tengah hot..

Tetapi jika di kalangan adik beradik dan anak saudara pula, diaorang panggil aku " Angah" aje.. itulah sedikit coretan tentang nama dan panggilan orang di sekeliling terhadap kita sehari-hari.
KISAH INI PULA DIAMBIL DALAM SATU ARTIKEL YANG PERNAH DIBACA.. WALAUPUN MENGELIKAN HATI TETAPI MORAL DALAM KISAH INI.. JANGAN BERLAGAK PANDAI...

Makanan Itali
Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apa bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. beberapa minit kemudian, lelaki itu dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
"Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata pemuda itu.
Pelayan itu tercenggang.
Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu.
"Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" Kata pelayan itu.


Kisah ini pun lucu juga... Moral kisahnya ini.. TERIMALAH SEADANYA REZEKI PemberianNYA..

Anak kembar

Empat bakal ayah menanti dengan penuh gelisah di bilik menunggu di hospital, sementara isteri masing-masing berjuang untuk melahirkan anak.
Selang beberapa minit selepas itu, seorang jururawat keluar dan memberitahu ayah pertama, "Tahniah awak telah menjadi ayah kepada anak kembar!"
"Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin star Enterprise" Kata ayah pertama.
Kemudian keluar jururawat lain dan memberitahu ayah kedua,"Tahniah, Encik mendapat anak kembar tiga!".
"Yahoo... mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Copration," kata ayah kedua kegirangan.
Sepuluh minit selepas itu keluar jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga, "Syabas, isteri saudara melahirkan anak kembar empat!"
"Alhamdulillah, mungkin juga satu kebetulan, saya bekerja di Four Season Hotel" katanya syukur.
Pada waktu itu ayah keempat kelihatan gelisah dan tidak menentu. Semua ayah yang menunggu bertanya: "Kenapa risau sangat?"
Jawab ayah keempat, "Saya tidak risau, cuma.... saya bekerja di Seven-eleven" katanya.
kisah lucu ini diambil daripada satu artikel yang pernah saya baca.. walaupun lucu tetapi di sebalik moral dalam cerita ini ialah... JANGAN JADI PENYIBUK MAHU AMBIL TAHU PASAL HAL RUMAH TANGGA TERUTAMANYA YANG BERKAITAN " DALAM SELIMUT". HE HE HE...

Mak Minah dan Pak Mat ada empat orang anak perempuan yang sangat disayangi, CT,Seri Murni dan Suri.

Suatu hari mereka berpakat hendak mengahwinkan anak –anak mereka serentak. Selepas berkahwin anak-anak mereka bercadang untuk berbulan madu.

CT berbulan madu di Pulau Langkawi, Seri berbulan madu di Pulau Tioman, Murni di Pulau Kapas dan Seri di Pulau Pangkor.

Sebelum pergi mak minah dan pak mat berpesan” jangan lupa hantar berita kepada mak dan abah,ceritakan bulan madu korang.Tak payah tulis panjang-panjang .. pakai kod iklan dah cukup.Ringkas, Padat dan Cepat.

Seminggu kemudian mereka menerima surat daripada CT bertulis’ KFC’. Tercari-carilah suami isteri itu iklan KFC. Kedua-duanya tersenyum apabila membawa iklan yang bertulis “ Hingga Menjilat Jari”.Berbahagialah CT kata mereka.

Esoknya mereka menerima surat seri yang bertulis “PEPSI”. Merekapun mencari iklan Pepsi lalu tersenyum apabila iklan itu bertulis “ Nikmatnya Hingga Ke Titisan Terakhir”. Seri juga bahagia rupanya.

Selang beberapa hari, mereka menerima surat Murni bertulis” Standard Chartered”, maka dicarilah iklan Standard Chartered sambil tersenyum mereka membaca iklan itu” Besar, Teguh dan Peramah”. Bahagianya si Murni tu kan bang, kata Mak Minah kepada Pak Mat.

Seminggu berlalu, tetapi mereka masih belum menerima surat daripada Suri.Dua minggu tak ada juga. Mereka pun mula risau dan tertanya-tanya.Masuk minggu ke 3, barulah mereka menerima surat daripada Suri bertulis” Air Asia”.

Mereka kemudiannya bergegas mencari iklan Air Asia dan tak sabar dan mahu tahu apa yang berlaku kepada Suri.

Setelah membaca Iklan Air Asia itu, mereka terkedu tidak tau samada mau menangis atau gembira.

Tiba-Tiba Mak Minah bertanya” Bahagia ka si Suri tu bang?

Entahlah… jawab Pak Mat sambil berulang-ulang membaca maksud iklan Air Asia itu.

Apa motto iklan tu bang..?

Dengan selamba dan kuatnya Pak Mat menjawab “ 7 KALI SEMINGGU… TIGA JAM SEKALI…NON STOP”…

Ini merupakan majlis penyerahan kunci ambulan yang dilakukan oleh Setiausaha Agung Bulan Sabit Merah Malaysia ( BSMM) Ibu pejabat Kebangsaan Kuala Lumpur Datuk Hj Megat Mohd Yusoff b. Datuk Hj Megat Mahmud ( kiri) kepada Bendahari Kehormat BSMM Cabang Tuaran, Matron Maria Lajanin pada pagi Jumaat ( 27 Februari 2009).

Majlis penyerahan kunci itu disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tamparuli Datuk Jahid Jahim juga merangkap pengerusi BSMM Cabang Tuaran.

Perkhidmatan Ambulan merupakan yang pertama di daerah Tuaran. Menurut Maria, BSMM Tuaran kerap menerima panggilan telefon dan surat daripada orang ramai yang memerlukan bantuan khidmat ambulan.

Menariknya, BSMM telah membuka peluang kepada ahli-ahlinya untuk berkhidmat dengan kakitangan kerajaan di Hospital kerajaan dan swasta. BSMM juga telah melatih seorang doktor, 30 orang jururawat terlatih, seorang pembantu pegawai perbatan , lima orang jururawat masyarakat, seorang Juru X Ray , 12 orang Jururawat Pelatih ( di KL) 2 orang bahagian patalogi, jururawat pergigian 5 orang , seorang pembantu farmasi, satu orang pengurus jururawat di Arab Saudi dan 8 orang FRLS ( First Responder Life Support) & MTLS ( Malaysian Trauma Life Support).
Segala puji bagiNYA, Pencipta alam semesta..



Aurora..Sejumlah besar negara di dunia kerap akan kelihatan Aurora, di antaranya termasuk Norwegia, Rusia, Finlandia, Kanada bagian utara, Alaska dan AS bagian Utara. Aurora biasa muncul setiap tahun pada bulan April dan Oktober.

Aurora terbentuk karena interaksi partikel-partikel atmosfer bumi dengan partikel bermuatan dari matahari yang disebut dengan plasma. plasma adalah partikel sejenis gas yang telah terionisasi.

Pada umumnya gas tidak bermuatan, tetapi karena suhu yang sangat panas di matahari menyebabkan partikel gar terionisasi maka terbentuklah plasma.



Ada ribuan air terjun seluruh dunia. Banyak yang kecil dan Banyak pula yang besar.

Berdasarkan kajian terdapat 10 Air Terjun di Planet Bumi yang paling menakjubkan baik keindahannya maupun kedashyatan air terjunnya. Gambar-gambar ini merupakan antara air terjun yang terindah...




Melihat kepada kedua-dua gambar ini, pasti kita akan teringatkan lagenda si tanggang dan malim kundang..

Gambar pertama merupakan batu menyerupai sebuah tongkang terbalik.. ia boleh dilihat di kampung ayer, Brunei. Semasa melawat keluarga di Brunei saya berpeluang melawat ke tempat itu. Saya menaiki bot dengan harga tambang 2 dolar dan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk ke sana.

Kalau mengikut versi orang-orang brunei, kapal itu dipanggil Jong batu.

Gambar kedua pula...batu yang menyerupai orang tengah bersujud, senario itu boleh dilihat di Indonesia ( Padang).


Berbudi kepada tanah... peniaga sayur yang berniaga di kawasan pasar batu 1 setengah jalan Segama, Lahad Datu memanfaatkan kawasan belakang gerai mereka dengan menanam pelbagai jenis sayuran termasuk cili merah.

Gambar ini diambil masa saya balik kampung semasa majlis tahlil arwah bapa.


Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Hj Dahlan dan ADUN Usukan Datuk Musbah Jamli memotong padi sebagai acara simbolik bagi merasmikan majlis kenduri kesyukuran meraikan tuaian pertama projek Ladang Bernas yang berlangsung di Kampung Kesapang, Kota Belud.

Padiberas Nasional Berhad ( BERNAS) mensasarkan penghsilan tahunan sebanyak 40,000 tan metrik padi daripada projek Rkan Ladang Bernas menjelang tahun 2011.


Imej yang menakutkan.. Itulah yang dapat dikatakan tentang wajah beberapa makhluk jahat yang terbentuk di angkasa hasil formasi awan.

Wajah-wajah 'makhluk jahat' itu dirakam oleh seorang remaja, Mehmet Candar, 18, dengan menggunakan telefon bimbit berkamera di bandar Konya di wilayah Bozkir, Turki.

Menurut Mehmet, dia dan bapa saudaranya bangun awal pagi untuk merakam seekor merpati istimewa yang kerap dilihat pada waktu subuh ketika fenomena itu berlaku.

"Kami melintas masjid di tempat kami apabila menyedari imej pelik itu wujud di angkasa," katanya.


Sekadar meminjam kata-kata seorang pujangga persepsi tentang cinta..

Hati-hati dengan cinta kerana cinta juga membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk mejadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin.. jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu.

Tuhan menciptakan 100 bahagian kasih sayang, 99 disimpan di sisinya dan hanya satu bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak..

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat..justeru kita harus mengerti bagaimana berterima kasih di atas kurniaannya itu.



WarNa waRna DunIa




Kejadian alam.. Gerhana Matahari Cincin pada 26 Januari 2009.


Sistem tagal atau tadahan ikan yang diamalkan masyarakat terutama di kawasan pedalamani Sabah mampu memelihara hidupan dan eko sistem sungai daripada musnah serta pupus.
Tagal merupakan suatu program yang membolehkan masyarakat memainkan peranan sebagai pemulihara dan penjaga alam sekitar.
Sekiranya tidak ada usaha sedemikian dilakukan sudah tentu hasil sungai atau laut akan berkurangan.
Berdasarkan kajian jika tidak ada usaha sedemikian,sumber hidupan sungai akan pupus dan keadaan itu dijangka berlaku pada tahun 2050.
Menariknya bila sudah sampai masa untuk menuai ikan, peralatan seperti jalan atau pukat sahaja yang digunakan untuk menangkap ikan.. pendek kata “ tagal” berkonsepkan mesra alam.
Sistem tagal ini juga dijalankan secara berkumpulan dan mengikut zon yang sudah direkodkan oleh Jabatan Perikanan.Pada masa menuai ikan, mereka yang terlibat boleh menjual hasil tangkapan mereka.
Lazimnya ikan kela atau bilut merupakan ikan yang paling banyak ditangkap.
Rekod Jabatan Perikanan Sabah juga menunjukkan kawasan tagal yang paling maju ialah di daerah Ranau , ini kerana ahli-ahlinya mampu meraih pendapatan daripada RM 300 hingga RM1,000 setiap kali menuai ikan.




Di pagi yang hening..sawah padi berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.. Gambar ini diambil seawal jam 6.00 pagi.Walaupun Gunung Kinabalu terletak di kawasan Kundasang, Ranau namun ia masih boleh dilihat di Tuaran..
HADIAH MALAM JUMAAT

Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi
pergi ke
Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya
ia berangkat
Awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah
pekuburan. Di situ
Salih
Duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh
mendatangkan pahala bagi
ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.
Tiba-tiba dia
tertidur
dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai
dari kubur
masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan
sambil
berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang
pemuda ahli kubur
memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn
ahli-ahli kubur yang
lain.
Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah
murung, gelisah
kerana
sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa
beberapa talam
yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti
cahaya yang
gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan
membawa
talam-talam
itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya
masuk ke dalam
kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga
tinggallah si
pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak
mendapat apa-apa.
Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk
semula ke dalam
kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera
menahannya
untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku
lihat engkau
terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai
Salih, adakah
engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat
sebentar tadi?"
tanya
pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam
talam-talam
itu?"
tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa
talam-talam itu berisi
hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang
yang sudah mati
yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci
Al Quran dan
doa.
Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat
atau pada hari
Jumaat.
Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan
panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam
dunia bahkan telah
berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk
bersedekah untuk
anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada
lagi orang yang
mengingati si pemuda.
Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat
apabila
melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia
seorang tidak
menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita
si pemuda. lalu
ia
bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat
menyampaikan berita keadaan anaknya.
Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy
terjaga. Pada
sebelah paginya
Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.
Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si
pemuda
tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya
menangis mendengar
keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di
alam barzah.
Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia
adalah anakku.
Dialah
belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia
membesar dengan minum
susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring
dan tidur
ketika
kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan
menangis
penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan
anaknya selama
ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al
maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk
melangkah si
ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk
kedalam biliknya
lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.
"Wahai Salih,
ambil
wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku.
Insya Allah aku
tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah
untukya selama aku
masih
hidup." Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya
kepada fakir
miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu
yang tinggal.
Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang
diberi kepadanya
oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy
Berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam
perjalanan
sebagaimana
Biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena
sekejap dan
bermimpi
melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si
pemuda yang dulunya
kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama
dengan memakai
pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat
gumbira. Pemuda
tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata :
"Wahai tuan Salih,
aku
ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas
kebaikanmu itu. "
"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat."
katanya lagi. "Eh,
Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.
"Ya, Tahu." "Apa
tandanya?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata
"Selamat
selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih Al Maizy
terjaga
dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa
gumbira kerana
sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan
sedekah dan doa
dari
ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat
Nurulhas).

Wallahu a'lam........



Unik..rumah kayu beratap nipah di atas air , panorama ini hanya boleh dilihat di Kg Penimbawan Tuaran yang terletak di tanah seberang. Kampung ini bersebelahan dengan Kg Serusup tetapi terpisah oleh lautan.Kampung ini boleh dilalui menerusi jalan tanah merah dari Kampung Lok Nunuk atau Saradan tetapi ia mengambil masa selama satu jam perjalanan kerana agak jauh.

Kalau hendak ke Penimbawan, kita perlu menaiki bot yang mengambil masa kira-kira 15 minit tetapi ia bergantung kepada kelajuan bot dan keadaan laut.Tambang bot pula RM 1.50 seorang.

Ini saya yang agak gayat menaiki bot kerana takutkan ombak ( gambar atas) dalam hati Tuhan saja yang tahu ( tidak tahu berenang..).

Ketika itu saya menyertai rombongan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Hj Noor yang mengadakan lawatan kerjanya ke kampung berkenaan.

Mengikut perancangan, kerajaan akan membina rumah untuk penduduk berkenaan dan difahamkan buat masa ini kerja-kerja menimbus tanah sedang dilakukan. Langkah kerajaan itu adalah untuk memberikan kemudahan tempat tinggal sekaligus menaiktaraf kehidupan mereka.

Ini juga antara misi kerajaan dalam membasmi kemiskinan.

Penimbawan juga kerap menerima kehadiran pelancong daripada Jepun dan Australia , dianggarkan kira-kira 100 orang pelancong dalam sebulan datang ke situ.

Pelancong luar yang datang pula pasti akan teruja melihat deretan rumah yang beratapkan nipah di kampung itu .Mereka kagum dan menyifatkan ianya suatu yang unik kerana di tempat mereka tidak ada rumah sedemikian rupa.

Menurut mereka lagi meskipun dunia kini memacu ke arah pembangunan yang lebih moden serta senibina rumah yang pelbagai bentuk dan saiz namun masih ada juga kalangan masyarakat lain di luar negara mereka yang masih memilih untuk hidup seperti ini ( tiang kayu bakau dan beratap daun nipah).

Bagaimanapun bagi penduduk kampung disitu, mereka bukannya sengaja untuk tidak membina rumah yang lebih baik dan selesa sepertimana kehidupan masyarakat nelayan di kampung-kampung lain tetapi mereka sudah terbiasa dengan kehidupan sebegitu sejak sekian lama.

Apa yang saya difahamkan, Kg Penimbawan ini sudah wujud sejak lebih dua dekad lagi.

Satu lagi keistimewaan atap nipah ini ialah ia mampu menyejukkan persekitaran dalam rumah terutamanya pada waktu tengahari maklumlah wap air laut ( panas kan...) Menariknya lagi, rata-rata penduduk di kampung itu bekerja di jabatan-jabatan kerajaan dan masing-masing memiliki kereta. Tetapi sayangnya kereta, mereka terpaksa tinggalkan di daratan ( kg serusup)... :)
Bahagian unit penguatkuasa dan kesihatan Majlis Daerah Tuaran ( MDT) mengadakan Operasi menangkap anjing liar di sekitar pekan Tuaran, Tamparuli, kawasan perumahan Rugading, Telipok Ria, Telipok Square dan Hartamas .

Tahun lalu sebanyak 48 ekor ditangkap dan kaedah yang digunakan adalah menggunakan jerat ( macam gambar sebelah ni.. Operasi itu diteruskan lagi bermula pada 11 februari di Mimpian Jadi Resort.
Kalau ikutkan bukan setakat di kawasan-kawasan yang disebutkan banyak anjing tetapi di kampung-kampung di Tuaran pun banyak berkeliaran. Tapi menurut MDT , diaorang buat operasi itu di kawasan-kawasan bercukai dalam pentadbiran MDT.

Jika di kawasan kampung pula dipertanggungjawabkan kepada Pengerusi JKKK.
Tengoklah gambar bawah tu banyak anjing sedang rehat di kaki lima kan..

Hari Ikatan Relawan Rakyat ( RELA) peringkat negeri telah diadakan di Pusat Latihan Rela, Gayang, Tuaran.pada 8 Februari 2009.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar merasmikan Acara tersebut. Masa acara ini berlangsung saya “ off” jadi kawan-kawan dari KK yang cover... gambar ini sahabat karib saya yang bertugas di Akhbar Berita Harian email..

Cantik kan gambar ni… terutamanya orang yang tunggang kuda.



Ini merupakan Sungai Kiulu , sumber air utama daerah Tuaran.
Menariknya, sungai sepanjang lebih 36 kilometer ini masih dikategorikan sebagai sungai terbersih di Sabah. Airnya boleh diminum secara terus. Justeru khazanah alam ini perlu dipelihara agar tidak tercemar dan boleh diwarisi kepada generasi akan datang.
Sempena Hari Polis ke 201 yang berlangsung pada 25 Mac 2008, PDRM Tuaran telah memberikan sijil penghargaan kepada anggotanya dan orang awam yang bekerjasama dalam membenteras jenayah di daerah itu.

Saya adalah salah seorang daripada penerima sijil penghargaan tersebut. Selain saya, sahabat karib dari surat khabar Berita Harian Johari Indan turut menerima sijil penghargaan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Suhaimi Hj Wiro menyampaikan sijil kepada semua penerima.

Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Badin berjaya mengumpulkan sebanyak RM3,030.30 bagi tabung NSTP untuk Gaza bermula pada 14 Januari lalu.

Pengetua SMK Badin, Puan Tahnia Jeman berkata, seramai 1,900 pelajar serta guru terlibat menjayakan kempen mengumpul dana tersebut yang perihatin dengan kesengsaraan rakyat Palestin ekoran kekejaman Israel di Gaza.

Katanya, selain menyemai sifat ukhwah Islamiyyah, program ini dilihat mampu memupuk sikap bertanggungjawab serta menyemai kasih sayang sesama manusia menerusi kerja-kerja amal seumpama itu..

Program yang diilhamkan oleh Pengetua sekolah itu telah berlangsung selama 11 hari bermula 14 sehingga 30 Januari lalu yang dikelolakan oleh unit Kebajikan dan Pentadbiran SMK Badin.

Apa yang menarik sepanjang program kutipan dana itu diadakan , pihak jawatankuasa terbabit turut mengadakan kempen 20 sehari untuk setiap pelajar serta kutipan dari kelas ke kelas serta menampal di semua kelas sekolah itu.


Majlis Serah Menyerah Tugas Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sabah bertempat di Pusat Latihan Rela, Gayang yang terletak kira-kira 12km dari Pekan Tuaran

Mantan Pengarah Jabatan Pertahanan Awam ( JPA) Negeri Sabah, Mohd Yusoff Samad akan menjawat jawatan baru sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan Angkatan Bahagian Latihan di Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia ..

Tugas beliau akan diambilalih oleh Mejar Awang Askadar B. Ampuan Yaacub bekas Timbalan Pengarah Biro Tata Negara ( BTN) Negeri Sabah .




Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Hj Yahya Hussin sedang mencantum tunas getah ketika melawat ke tapak semaian Tuaran.

Lawatan beliau itu turut diiringi oleh Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah ( LIGS) yang baru Datuk Zakaria Idris ( kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Jahid Jahim yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Tapak Semaian yang terletak kira-kira 12km dari pekan Tuaran itu menyediakan anak benih buah-buahan seperti durian, rambutan, nangka,manggis,mangga dan lain. Anak benih buah-buahan yang terdapat di Semaian ini menjadi piliha utama kakitangan kerajaan, pekebun kecil dan orang awam kerana mutunya yang terbukti baik dan harga yang rendah serta berpatutan.
Ketua Polis Daerah ( OCPD)Tuaran, DSP Suhaimi Hj Wiro sedang menunjukkan pisau pemotong yang digunakan dalam samun bersenjata di sekitar pekan Tuaran.

Penjenayah yang terlibat sudah ditangkap dan didakwa di mahkamah. Beberapa barangan berupa beg pinggang, beg bimbit, beg tangan , telefon , topi kaledar berjaya ditemui semula.

Berdasarkan modus operandi, Jenayah samun dilakukan oleh dua lelaki tempatan dengan menunggang motorsikal dan mengugut mangsa menggunakan senjata sebelum menyamun. Bagi mengelak dikesan, penjenayah kerap menggunakan nombor plat palsu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Tuaran, ASP Mohd Taufik Maidin (tengah) turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bekerjasama memberikan maklumat kepada pihak polis sehingga tertangkap penjenayah terbabit.

PENJAJA DI KAKI LIMA: gambar ini diambil masa saya balik kampung di Lahad Datu pada Januari lalu,walaupun hampir tiga tahun meninggalkan bandar ini namun tidak ada yang banyak berubah.







TUARAN: Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Wira Abu Seman B. Haji Yusop mengadakan lawatan ke kem KK Bawah Bayu, Tuaran pada 20 Januari 2009.

Turut mengiringi lawatan beliau ialah Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Jahid Jahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tamparuli, ADUN Kiulu Datuk Louis Rampas dan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kiulu Sami Bangud.

Ini merupakan lawatan kerja beliau yang pertama di Pusat Latihan Khidmat Negara ( PLKN) di Sabah.

Pada tahun ini seramai 391 orang pelatih mengikuti latihan di kem berkenaan dan 55 orang terdiri daripada peserta dari Semenanjung Malaysia.


Lawatan ke Komplek Pembenihan Ko Nelayan Laya-Laya, Tuaran & Lawatan ke Jeti Ko Nelayan di Sepanggar.

TUARAN:Pengerusi Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah ( Ko –Nelayan) Datuk Hj Samsudin Yahya berkata, Ikan air tawar Talapia, Keli dan Udang Putih berpotensi tinggi untuk dikomersilkan yang mampu memberikan hasil pendapatan yang tinggi berikutan permintaan tinggi di pasaran.

Justeru itu katanya, suatu pendekatan terbaik perlu dilakukan dengan memastikan bekalan sentiasa mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran.

Samsudin berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja pertama sejak dilantik menjadi Pengerusi Baru Ko Nelayan ke KompleksPembenihan Ko –Nelayan di Laya-Laya, Tuaran pada 15 Januari 2009.

Katanya, permintaan terhadap Udang Putih dan Udang Harimau sememangnya amat menggalakkan kerana para pembeli berpendapat bahawa udang air laut lebih sedap berbanding udang air tawar.


Kementerian Kemajuan Luar Bandar Wilayah ( KKLW)Senator Tan Sri Muhammad b. Muhd Taib melawat persekitaran kampung Mengkabong dengan menaiki bot bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Hajiji Hj Noor dan para pemimpin lain.

Katanya, projek menyusun semula kampung mengkabong itu akan dilaksanakan serta merta dan berperingkat-peringkat.

Peruntukkan bagi menyediakan rumah rakyat termiskin di kampung itu ialah kira-kira RM 40 Juta dan dilaksananakan secara fasa.

Berdasarkan lawatan kerja yang dilakukan di Sabah, beliau mendapati banyak kawasan luar bandar di negeri ini yang memerlukan pembangunan justeru itu kerajaan persekutuan menyediakan peruntukkan yang agak besar bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat..

Sehubungan itu katanya, pada tahun hadapan sebanyak 15 ribu unit rumah untuk rakyat termiskin akan dibina di Sabah dengan peruntukan kira-kira RM 500 Juta.

Tuaran:Datuk Anwar ketika merasmikan Konvesyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2008 yang diadakan di Sabandar Bay Resort Tuaran pada 21 November .

Lebih 400 orang perwakilan daripada 25 bahagian menghadiri konvesyen selama dua hari.


Turut hadir pada konvensyen itu ialah Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Hj Ansari Abdullah, Naib Presiden PKR Negeri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Ahli Majlis Tertinggi PKR Christina Liew dan beberapa pemimpin kanan daripada parti SAPP, DAP dan Pas daripada negeri Sarawak.

Jambatan utama di Kg Melanggang, Kiulu Tuaran yang musnah akibat banjir besar

Tanam cili dalam pasu antara langkah yang dibuat penduduk kg Mengkabong dalam merealisasikan kempen Bumi Hijau yang dilancarkan pada 16 Disember 2008 oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hj Hajiji Hj Noor.

Program bumi hijau yang bertemakan" Tanam Ternak, Guna Sendiri, Jimat Cermat Bina Ekonomi" mampu menggalakkan penduduk kampung menukar landskap kawasan kediaman mereka menjadi lebih indah dan bersih.



Foto & Peristiwa


selipargetahmerah@yahoo.com.my