Karangan 'Terbaik' UPSR


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.



Upacara memotong kek sempena Ulang tahun ke -15 Hospital Tuaran yang berlangsung pada 25 April 2009.

Sambutan Ulang tahun itu adalah untuk meraihkan usia Hospital Tuaran yang sudah mencecah 15 tahun semenjak ia dirasmikan pada 9 April 1994 oleh Menteri Kesihatan Datuk Lee Kim Sai ketika itu.

Majlis Ulang tahun itu disempurnakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Hajiji Hj Noor. Sementara itu buletin Hospital Tuaran turut dilancarkan Pengarah Hospital Tuaran Dr G. Mohan Naidoo ( sebelah Hajiji)

Sejarah perkhidmatan kesihatan di daerah ini bermula semenjak tahun 1930an dengan hanya sebuah bangunan papan di pekan Tuaran.

Pada masa itu perkhidmatan rawatan diberikan oleh Penolong Pegawai Perubatan lebih dikenali sebagai “ Dresser” yang merawat pesakit dengan rawatan asas sahaja.

Bersesuaian dengan perkembangan semasa, bangunan Hospital Tuaran mula dibina sekitar tahun 1990an beroperasi dengan Jabatan Kecemasan, Jabatan Pesakit Luar, Pusat Bersalin, Perkhidmatan-perkhidmatan sokongan klinikal iaitu Farmasi, Makmal, X-Ray yang beroperasi selama 24 jam dengan pegawai perubatan “ On Call”.

Pegawai perubatan berkenaan menyediakan perkhidmatan rawatan kepada penduduk di Tuaran yang kini sudah mencecah melebihi 100,000 orang.

Turut hadir pada majlis itu Pembantu Menteri Belia & Sukan Negeri, Datuk Jahid Jahim, Ahli parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kiulu Datuk Louis Rampas dan Pegawai Daerah Tuaran Awang Shamsi Jamih.

Dalam pada itu Hajiji turut menggesa Kerajaan Persekutuan agardapat mempercepatkan pembinaan Fasa kedua Hospital Tuaran.

Ini katanya, adalah untuk memenuhi keperluan rakyat di daerah ini yang dilihat sangat mendesak berikutan jumlah pesakit yang semakin bertambah dari masa ke semasa.

Katanya, berdasarkan kepada Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK 9) kerajaan telah bercadang untuk menaiktaraf Hospital Tuaran menerusi fasa Kedua dengan menyediakan keupayaan 50 buah katil.
Alexsious ( mangsa)

TUARAN: Seorang remaja mati serta merta selepas ditetak dengan parang selepas berlaku pertengkaran di sebuah gerai di Kampung Simpang Rungus Panansawa, Kiulu kira-kira 60km dari Tuaran.

Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Suhaimi Hj Wiro berkata, dalam kejadian pukul 5.35 petang ahad itu mangsa yang dikenali sebagai Alexsious Rosidi, 16, dari kampung Paka , Kiulu mati di tempat kejadian selepas ditetak di bahagian dada kiri dan pipi.

“ Mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah ditemui mati dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di kawasan gerai berkenaan tanpa baju serta berseluar pendek.

“ Polis turut menemui sarung parang .terikat pada pinggang mangsa serta terdapat kesan luka yang dalam akibat ditetak di bahagian dada sebelah kiri sepanjang 10cm dan pipi kiri sepanjang 6cm, katanya pada Isnin.

Sementara itu .seorang lelaki berusia 41,yang dipercayai suspek dalam kes itu turut ditemui dalam keadaan berlumuran darah akibat cedera parah di bahagian belakang leher dan dagu.

Suhaimi berkata, suspek yang bekerja sebagai jurupandu ( Guide) kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Berdasarkan siasatan awal, sebelum kejadian kedua-dua mangsa yang saling mengenali itu dikatakan mabuk selepas minum minuman keras yang dijual di gerai tersebut.

“ Bagaimanapun berlaku pertengkaran antara mereka yang dipercayai bermula apabila mangsa ( Alexsious) dikatakan menganggu suspek yang sedang tidur. Akibat daripada rasa tidak puas hati mangsa dikatakan telah menetak suspek di bahagian belakang leher dan dagu menggunakan parang.

“ Selepas terkena tetakan itu, suspek dikatakan telah menolak mangsa dan mengambil parang lalu menetak mangsa di bahagian dada kiri dan pipi, katanya sambil menambah beberapa orang yang berada di gerai berkenaan turut menyaksikan kejadian itu..

Suhaimi berkata, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Tuaran diketuai ASP Mohd Taufik Maidin yang pergi ke tempat kejadian telah merampas sebilah parang sepanjang 15 inci yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Kes itu katanya, disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.


KOTA BELUD: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Hj Dahlan berkata, ibubapa yang mempunyai anak istimewa tidak seharusnya menyisihkan anak-anak mereka daripada masyarakat.

Katanya, ibubapa perlu memberi perhatian sewajarnya kepada anak-anak istimewa mereka dengan menyediakan kemudahan pendidikan sepertimana yang dinikmati oleh anak-anak normal yang lain.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan berupa kerusi roda kepada adik Didee Oswira dalam satu majlis ringkas di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud, pada ahad.

Didee Oswira dari Kampung Kulambai Dundau itu diwakili ayahnya Lee Saton.
Hikmah 7 Ayat
Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.
10 jenis solat yang tidak diterima oleh Allah SWT.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."





Perbarisan sempena sambutan Hari Polis ke 202 di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Tuaran 25 Mac lalu. Pada hari itu lebih 50 orang terdiri daripada anggota polis pelbagai pangkat dan cawangan termasuk orang awam menerima sijil penghargaan.

Dua wartawan termasuk saya sendiri dari akhbar Daily Express dan Berita Harian juga menerima sijil penghargaan pada hari tersebut.Ini merupakan kali ke dua saya menerma sijil penghargaan daripada IPD Tuaran. Terima kasih kepada PDRM.

Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Suhaimi Hj Wiro menyampaikan sijil tersebut kepada semua penerima.Dalam pada itu Suhaimi turut membacakan perutusan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.




Sulaman tangan ..Ini adalah antara koleksi mini dan hasil kerja tangan saya miliki.
KEWUJUDAN LUBANG-LUBANG BERDIAMETER BESAR DENGAN KEDALAMAN HINGGA BERATUS-RATUS METER SERING DIANGGAP FENOMENA LUAR BIASA.


Impak meteor yang " melubangkan" dasar samudera di Laut Caribean diiktiraf sebagai tapak warisan Uniesco.



Rongga bumi yang digelar Devil's Sinkhole,Texas Amerika Syarikat diwartakan sebagai Taman Negara.


Sokongan padu kepada Ketua Pemuda UMNO Sabah Datuk Japlin Akim yang digantung keahliannya selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin parti.

Bagaimanapun keputusan itu tidak menjejaskan kedudukan Japlin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam Kabinet

Pada 13 April ( Isnin) , Penyokong Japlin yang terdiri daripada 83 orang ketua cawangan UMNO di Kuala Abai seberang daripada 11 daerah mengundi N.7 Usukan membuat rayuan agar hukuman Japlin dapat dikurangkan.

Sentlin Sabas,51 yang mewakili Ketua-Ketua cawangan tersebut berkata, berharap Lembaga Disiplin parti dan Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Pusat menimbang semula keputusan itu.

Ini kerana Japlin merupakan seorang pemimpin yang telus,ikhlas, amanah dan tidak mempunyai musuh dalam politik.

" Namun kami percaya beliau teraniaya disebabkan sikapnya yang terlalu baik kepada sesiapa sahaja, katanya.


Seramai 22 orang murid khatam Al Quran di majlis Ihtifal dan Khatam AlQuran KAFA peringkat daeraH Tuaran yang berlangsung di Kampung Indai dekat sini. Mereka adalah murid KAFA dari kampung Indai, Rugading, Labuaya, Telipok Ria, Sekolah Agama Rakyat ( SAR, Pekan Tuaran dan Kindu.

Majlis itu dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Kassim Razali. Turut hadir Penolong Pengarah JAKIM Sabah ( Unit KAFA) Ustaz Saiful Mukarram b. Mohd Tahrir.



Kemalangan jalanraya yang berlaku di kawasan Simpan tiga Jalan Marabahai dekat sini melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Lori Isuzu, Atos dan Proton saga pada 7 April lalu ( selasa). Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Tetapi pemandu wanita ( ATOS) cedera parah di bahagian mata manakala rakannya ( wanita) yang duduk di sebelah pemandu cedera di bahagian tangan. Sementara pemandu lori , Jafrin ,29, dari Kampung Lobak Moyu, Kota Belud tidak mengalami kecederaan cuma mata sebelah kanan terkena serpihan kaca cermin tingkap.

Sementara pemandu Proton Saga, S. Ruslinah Salih,35,jururawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sehubungan itu rata-rata pengguna jalanraya di daerah ini mahu pihak yang berkenaan menyediakan lampu isyarat ataupun membuat bulatan bagi mengelak kejadian kemalangan seumpama itu berulang di kawasan itu.

PROJEK PERINTIS BERNAS

KOTA BELUD: Projek Perintis yang sedang giat dilaksanakan di Kota Belud merupakan usaha Padi Beras Nasional Berhad ( BERNAS) dalam memastikan dasar jaminan makanan negara yang diwujudkan kerajaan pada pertengahan tahun lalu tercapai.

Projek perintis ladang BERNAS di Kota Belud merangkumi tanah seluas 498 ekar yang melibatkan dua buah kampung iaitu Kampung Taun Gusi dan Kampung Kesapang.

Seramai 96 orang petani terlibat dalam mengusahakan ladang tersebut. Ia dihasilkan secara usahasama dengan Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK), Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS) serta Kilang Padi Sri Baju Sdn Bhd iaitu sebuah " Rakan Kilang" BERNAS.

Projek perintis ini telah dimulakan pada bulan Ogos 2008 dan proses penanaman padi pertama telah dilaksanakan pada november 2008.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Hj Dahlan berkata, sebanyak 25 peratus bekalan beras adalah datangnya dari Kota Belud.

Beliau menyifatkan Kota Belud merupakan antara kawasan keselamatan negara kerana peranannya dalam membantu menangani krisis makanan tahun lalu.

Sehubungan itu katanya, projek perintis ini adalah bukti kesungguhan BERNAS menyokong kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran dan penghasilan beras di Sabah yang menjurus kepada peningkatan sara diri beras negara secara amnya.

KUMPULAN AL–RAUDAH JOHAN DUA KALI BERTURUT-TURUT

TUARAN: Kumpulan Ar –Raudhah dari Kampung Serusop berjaya mempertahankan kedudukannya sekali lagi apabila muncul johan dalam pertandingan Marhaban peringkat daerah Tuaran yang berlangsung di Dewan Bersatu Tuaran pada sabtu.

Kumpulan Ar- Raudhah yang dianggotai seramai sembilan orang yang diketuai oleh Abdul Basit Salleh itu menewaskan Kumpulan Al Qahhar dari Kampung Rugading yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu.

Bagi pertandingan kompang, Kumpulan Al-Ikhlas dari Kampung Gerinsing , Mengkabong muncul johan. Kumpulan itu juga pernah menjadi johan dalam pertandingan yang sama tahun lalu.

Naib johan pertandingan itu pula disandang oleh Kumpulan Al-Qahhar dari Kampung Rugading manakala tempat ketiga pula diraih oleh kumpulan Seri Rebanah Jati dari Kampung Nongkulod.

Antara kumpulan yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan kompang tersebut ialah Anak Soleh Solehah dari Kampung Lok Batik, S.K Rugading dari S.k Rugading, Al-Akmal dari Kampung Karambunai Baru dan Al-Imran dari kampung Pensurun, Mengkabong.

Penyertaan bagi pertandingan kompang tahun ini pada Karnival Kesenian Islam amat menggalakkan berbanding dengan pertandingan marhaban dan nasyid.

Bagi Pertandingan nasyid pula ia hanya disertai dua kumpulan iaitu Isslah dari Kampung Kota ( bagi kategori moden) dan Kumpulan Samrah dari Kampung Laya- Laya ( kategori tradisi).

Kesemua pemenang dalam kategori masing-masing menerima hadiah berupa sijil dan wang. Penyampaian hadiah tersebut akan diadakan pada 31 Mac ini sempena sambutan Maulidurasul peringkat daerah Tuaran.