Karangan 'Terbaik' UPSR


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Makna Cinta Dari Nama Mu

S : ..membuat orang tertawa
Y : ..disukai oleh sesiapa saja
A : ..seorang yang gila-gila
R : ..seorang yang lucu
M : ..membuat pacaran lebih menarik
I : ..manis dan romatis
L : ..pemberi ciuman yang bagus
A : ..seorang yang gila-gila
H : ..setia kepada yang satu


BERLIN - Sebanyak 10 orang bertarung nyawa di hospital selepas 260 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya di utara Jerman.

Sebanyak 66 mangsa cedera dalam kemalangan jalan raya itu yang berlaku dekat Braunschweig.

Menurut polis Berlin , ia merupakan kemalangan yang paling buruk dalam sejarah di negara itu.

Lebih 300 buah ambulans, beberapa buah jentera bomba dan sejumlah kereta polis dihantar ke tempat kejadian.

Kejadian itu berpunca daripada sinaran matahari yang menyilaukan dan jalan raya basah akibat hujan lebat.


Lelaki kanibal Indonesia, Sumanto mendedahkan dia amat menggemari daging dan pernah menggali kubur seorang wanita bagi mendapatkan bekalan daging murah dan sedap.

"Saya makan semua jenis daging selagi ia dimasak. Saya tidak lagi memakan daging manusia. Kini saya menggemari sayur seperti bayam," katanya.

Sumanto yang berusia 37 tahun dan bekerja sebagai petani dipenjara lima tahun kerana mencuri mayat tetapi dia dibebaskan tanpa perlu menjalani rawatan mental selepas selesai menjalani hukuman.


Selepas lebih 19 tahun menjadi misteri, isi peti besi milik Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang tersimpan di Memorial Tunku Abdul Rahman, Jalan Dato' Onn di sini terbongkar juga akhirnya.

Namun proses membuka peti besi model Stafford buatan England seberat 300 kilogram itu bukannya mudah.

Tiada siapa tahu kombinasi angka bagi membukanya termasuk ahli keluarga Almarhum sendiri.

Akhirnya dua kakitangan daripada syarikat peti besi terkemuka, Chubb(Malaysia) Sdn. Bhd. bermandi peluh selama 40 minit menggerudi peti itu dan mengalihkan palang penguncinya.

Sebaik pintunya dibuka, kelihatan sembilan kotak tersusun kemas, ada di antaranya diselaputi baldu.

Selepas satu demi satu kotak itu dibuka, kesimpulannya peti besi tersebut menyimpan lebih 30 barangan cenderamata Almarhum sepanjang tempoh menjadi Perdana Menteri yang pertama.

Antara barangan tersebut ialah jam tangan, butang baju, dua kunci emas, dua syiling emas, plak Persatuan Menembak Kebangsaan, pen emas,gunting emas dan beberapa barangan yang belum dikenal pasti.

Bagi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr.Rais Yatim yang turut menyaksikan usaha membuka peti besi itu, penemuan itu adalah sesuatu yang sangat penting kepada negara.




Seramai 168 anggota tentera termasuk pegawai menyertai pertandingan KembaraDuga peringkat Medan Tentera Darat (TD) tahun 2009 yang bermula pada 20 Julai dan berakhir pada 27 Julai ini.

Upacara pembukaan KembaraDuga berlangsung di Kampung Malanggang, Kiulu kira-kira 10 km dari pekan Tuaran.

KembaraDuga ini merupakan acara tahunan yang berkonsepkan ativiti lasak merangkumi lima disiplin yang dilaksanakan secara berterusan. Buat julung kalinya pertandingan KembaraDuga diadakan di Sabah.

Lima disiplin yang dipertandingan dalam KembaraDuga ialah Berakit, Jalan Lasak, Mendayung Perahu Tempur, Pandu Arah dan Menembak. Sebanyak enam pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang terdiri daripada formasi 1 Divisyen, 2 Divisyen, 3 Divisyen, 4 Divisyen, TP Medan dan Psukan dari Formasi 10 briged.

Upacara pembukaan KembaraDuga itu dirasmikan Panglima 1 Divisyen , Mejar Jeneral Datuk Mazelan b. Kasap manakala upacara penutupan yang berlangsung pada 27 Julai akan dirasmikan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Datuk Raja Mohamed Affandi b. Raja Mohamed Noor di Padang Sasar Kota Belud.


LONDON: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ada imej Michael Jackson dirakam pada bonet keretanya, hanya 13 jam selepas penyanyi itu mati bulan lalu.

Bapa kepada dua anak, Gary Sloggett, berkata dia sengaja mengambil gambar kereta jenis Rover 200 itu untuk diiklankan dalam majalah.

Berasal dari Stafford, Sloggett berkata, apabila imej dari kamera itu dimuat naik ke komputernya, dia terkejut melihat seolah-olah wajah Michael merenung ke arahnya.

Ia merupakan fenomena yang luar biasa.Satu-satunya hujah menjelaskan keadaan ini adalah pembentukan awan yang terbias di atas bonet kereta Slogget.

Selepas menunjukkan gambar itu kepada beberapa rakannya, kata Slogget, semua berpendapat imej itu memang membayangkan wajah Michael.




inilah adalah sebahagian daripada panorama di pusat sangkar ikan Trayong.



Beginilah keadaan dalam Dewan Bersatu Tuaran. Meskipun stuktur bangunan masih utuh namun terdapat beberapa bahagian terutamanya siling sudah semakin uzur. Beberapa sudut terutamanya di pintu hadapan dewan itu menjadi tempat burung bersarang.

Menurut Pegawai Daerah Tuaran Awang Shamsi Jamih Dewan Bersatu itu bakal diruntuhkan sebaik sahaja Dewan Serbaguna siap dibina pada penghujung tahun ini. Dewan serbaguna kini sedang dalam proses pembinaan.

Awang Shamsi berkata, ketika ini Dewan yang bernilai RM 4.4 Juta itu sudah siap dalam 70 peratus.

Katanya,Dewan Bersatu itu akan drobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembesaran padang pekan Tuaran.



TUARAN: Hutan bakau merupakan entiti alam yang masih dianggap penting bagi sebahagian besar masyarakat kampung terutamanya yang mendiami kawasan pesisir pantai seperti di Teluk Mengkabong dan Teluk Sulaman, Tuaran.

Lebih-lebih lagi umum mengetahui Teluk Mengkabong dan Teluk Sulaman telah direzabkan sebagai hutan simpan bakau agar ia terus kekal dan memberi manfaat kepada penduduk Tuaran pada masa akan datang.

Dua teluk itu juga ditonjolkan sebagai warisan dunia kerana ia memiliki nilai estetika samada daripada faktor alamnya mahupun kehidupan yang ada di dalamnya.

Hutan bakau juga banyak berperanan menghasilkan nilai ekonomi kepada penduduk kampung terutamanya dalam pengeluaran sumber untuk kayu, bahan api, kraftangan, perikanan dan akuakultur serta perubatan yang tidak didokumentasikan.

Bagi penduduk kampung yang mendiami di kawasan paya bakau menyifatkanya sebagai “lubuk rezeki”.

Ini kerana pembiakan pelbagai habitat tanah bencah seperti lokan, ketam, siput, tiram dan teritip sememangnya menjadi sumber makanan dan pendapatan kepada penduduk serta nelayan di sekitarnya.

Selain kewujudan hutan bakau ini memberi rezeki kepada penduduk kampung, ia juga dianggap sebagai pelindung daripada ancaman ombak besar.

Berdasarkan kajian hutan bakau berfungsi sebagai penahan ombak dan hakisan serta mampu menyerap tenaga yang dihasilkan daripada ombak berkenaan.

Ini menunjukkan bahawa potensi kawasan bakau ialah sebagai ekosistem yang boleh membantu mengatasi ancaman kenaikan aras laut .

Sementara itu dalam aspek pelancongan,keunikan flora dan fauna hutan bakau juga menjadikan Tuaran sebagai antara destinasi pilihan para pengunjung dalam dan luar negara lancong untuk berkunjung ke daerah itu.

Bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan dilitupi hutan bakau cukup menjadikannya ia lebih istimewa di mata para pengunjung.

Menurut penduduk kampung Tajau yang terletak kira-kira 2km dari pekan Tuaran mengakui kawasan hutan bakau di kampung mereka itu pernah didiami oleh sekumpulan monyet bangkatan ( Probhosis monkey).

Atas faktor pembangunan di kawasan itu telah menyebabkan spesis itu berhijrah ke kawasan hutan bakau lain.

Menurut mereka lagi,pelancong asing gemar menyelusuri paya bakau dengan menggunakan bot manakala pada sebelah malam pula mereka menyaksikan kelip-kelip di sekitar kawasan hutan bakau.

Menurut penduduk kampung lagi, hutan bakau sudah sinonim dengan kehidupan seharian mereka.

Disebabkan faktorlah itu ada kalangan mereka yang bekerja di kawasan bandar masih memilih untuk terus tinggal di kawasan kampung.

Kata mereka, jika hidup di kampung mereka masih boleh memperolehi sumber makanan dengan pergi ke paya bakau.

Berbanding di kawasan bandar, makanan laut seperti lokam, tiram, ketam dijual pada harga yang agak mahal tetapi jika di kampung mereka masih memperolehi dengan mudah dan percuma.