Ini merupakan majlis penyerahan kunci ambulan yang dilakukan oleh Setiausaha Agung Bulan Sabit Merah Malaysia ( BSMM) Ibu pejabat Kebangsaan Kuala Lumpur Datuk Hj Megat Mohd Yusoff b. Datuk Hj Megat Mahmud ( kiri) kepada Bendahari Kehormat BSMM Cabang Tuaran, Matron Maria Lajanin pada pagi Jumaat ( 27 Februari 2009).
Majlis penyerahan kunci itu disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tamparuli Datuk Jahid Jahim juga merangkap pengerusi BSMM Cabang Tuaran.
Perkhidmatan Ambulan merupakan yang pertama di daerah Tuaran. Menurut Maria, BSMM Tuaran kerap menerima panggilan telefon dan surat daripada orang ramai yang memerlukan bantuan khidmat ambulan.
Menariknya, BSMM telah membuka peluang kepada ahli-ahlinya untuk berkhidmat dengan kakitangan kerajaan di Hospital kerajaan dan swasta. BSMM juga telah melatih seorang doktor, 30 orang jururawat terlatih, seorang pembantu pegawai perbatan , lima orang jururawat masyarakat, seorang Juru X Ray , 12 orang Jururawat Pelatih ( di KL) 2 orang bahagian patalogi, jururawat pergigian 5 orang , seorang pembantu farmasi, satu orang pengurus jururawat di Arab Saudi dan 8 orang FRLS ( First Responder Life Support) & MTLS ( Malaysian Trauma Life Support).