Kemalangan jalanraya yang berlaku di kawasan Simpan tiga Jalan Marabahai dekat sini melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Lori Isuzu, Atos dan Proton saga pada 7 April lalu ( selasa). Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Tetapi pemandu wanita ( ATOS) cedera parah di bahagian mata manakala rakannya ( wanita) yang duduk di sebelah pemandu cedera di bahagian tangan. Sementara pemandu lori , Jafrin ,29, dari Kampung Lobak Moyu, Kota Belud tidak mengalami kecederaan cuma mata sebelah kanan terkena serpihan kaca cermin tingkap.
Sementara pemandu Proton Saga, S. Ruslinah Salih,35,jururawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sehubungan itu rata-rata pengguna jalanraya di daerah ini mahu pihak yang berkenaan menyediakan lampu isyarat ataupun membuat bulatan bagi mengelak kejadian kemalangan seumpama itu berulang di kawasan itu.