TUARAN: Penguatkuasa Majlis Daerah Tuaran ( MDT) merampas sebanyak 239 rokok pelbagai jenama dalam satu operasi di sekitar pekan pada 19 Mei lalu .
Operasi selama dua jam yang diketuai oleh Penolong Penguatkuasa MDT Jasni Alip dan lapan orang anggota penguasa dilakukan di sekitar kawasan kaki lima kedai Jalan Datu Dahlan dan Pasar sayur.
Menurut Jasni, kesemua rokok yang bernilai RM 600 itu dirampas daripada penjaja haram yang berniaga di sekitar kaki lima di kawasan tersebut.
Dalam operasi itu mereka menemui sejumlah rokok yang masing-masing disembunyikan di dalam tong sampah, belakang restoran dan di bawah meja milik peniaga sayur.
terdapat juga penjaja rokok terbabit yang lari lintang pukang selepas menyedari kehadiran kami membuat operasi di kawasan mereka berniaga.
Katanya, pihak mereka juga banyak menerima aduan daripada peniaga yang kurang senang dengan kehadiran para penjaja haram yang berniaga di sekitar premis mereka.
Mereka mendakwa kehadiran penjaja haram itu bukan sahaja menganggu laluan orang ramai tetapi menganggu perniagaan mereka.
Sehubungan itu katanya, para peniaga terbabit diminta supaya memberikan kerjasama dengan melaporkan segera sekiranya terdapat penjaja haram berniaga di sekitar premis mereka bagi memudahkan MDT bertindak.