Karangan 'Terbaik' UPSR


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Pulau Mantanani, Kota Belud



KOTA BELUD: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Hj Dahlan berkata, penduduk di Pulau Mantanani wajar menjaga kebersihan pantai pulau itu bagi memastikan ia terus menjadi kunjungan para pelancong ke negeri ini.

Keindahan pulau berkenaan yang beliau sifatkan sungguh luar biasa itu memerlukan perhatian daripada penduduk di situ kerana ia merupakan antara destinasi pelancongan yang terindah di Kota Belud.

Katanya,sewaktu menghampiri Pulau Mantanani melalui udara, beliau melihat keindahan pulau itu yang cukup luar biasa. Airnya yang begitu jernih dan berwarna hijau biru pasti akan memukau mata sesiapa yang memandang.

Pemandangan dari udara itu katanya seolah-olah melihat syurga dunia yang sungguh cantik.

Abdul Rahman menyaksikan sendiri keindahan Pulau Mantanani melalui udara ketika mengadakan lawatan ke pulau itu.

Namun katanya, keindahan itu boleh terus dinikmati sekiranya kebersihan pantai dipelihara dengan mengamalkan pembuangan sampah yang lebih bersistematik.

Katanya, Pulau Mantanani sememangnya sudah dikenali di kalangan pelancong luar namun penduduk di pulau itu harus lebih pro aktif menangani masalah kebersihan berikutan sampah sarap yang dibuang merata- rata tempat.

Sehubungan itu katanya, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung ( JKKK) dan Ketua Kampung wajar memainkan peranan mereka dengan bekerjasama dengan penduduk di situ mengadakan gotong royong membersihkan sampah sarap di persekitaran pulau tersebut.

Dalam pada itu beliau juga mendapati penduduk di Pulau berkenaan tidak memperolehi apa-apa sebarang hasil ataupun sumber pendapatan sampingan daripada kehadiran pelancong luar negara yang datang ke situ.

Ini adalah disebabkan penduduk di Pulau berkenaan tidak memiliki kemahiran untuk menghasilkan kraftangan atau cenderahati yang boleh dijual kepada pelancong.

Beliau juga teringat keadaan di kawasan "ghetto" di Afrika Selatan. Walaupun mereka miskin tetapi mereka mempunyai kemahiran untuk membuat produk pelancongan hasil tangan mereka. Kenapa penduduk mantanani tidak berusaha ke arah itu?

Dalam perkara itu beliau telah berbincang dengan Pengarah Kemas Sabah yang turut serta dalam lawatan beliau ke pulau itu supaya menyediakan kursus kemahiran kepada para penduduk Mantanani.

Beliau berharap pihak Kemas akan dapat mengadakan kursus kemahiran kepada penduduk di Pulau itu terutamanya yang berkaitan dengan peluang-peluang yang boleh diraih seterusnya dapat menambah pendapatan mereka selain bergantung hidup kepada perikanan semata-mata.