Upacara memotong kek sempena Ulang tahun ke -15 Hospital Tuaran yang berlangsung pada 25 April 2009.
Sambutan Ulang tahun itu adalah untuk meraihkan usia Hospital Tuaran yang sudah mencecah 15 tahun semenjak ia dirasmikan pada 9 April 1994 oleh Menteri Kesihatan Datuk Lee Kim Sai ketika itu.
Majlis Ulang tahun itu disempurnakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Hajiji Hj Noor. Sementara itu buletin Hospital Tuaran turut dilancarkan Pengarah Hospital Tuaran Dr G. Mohan Naidoo ( sebelah Hajiji)
Sejarah perkhidmatan kesihatan di daerah ini bermula semenjak tahun 1930an dengan hanya sebuah bangunan papan di pekan Tuaran.
Pada masa itu perkhidmatan rawatan diberikan oleh Penolong Pegawai Perubatan lebih dikenali sebagai “ Dresser” yang merawat pesakit dengan rawatan asas sahaja.
Bersesuaian dengan perkembangan semasa, bangunan Hospital Tuaran mula dibina sekitar tahun 1990an beroperasi dengan Jabatan Kecemasan, Jabatan Pesakit Luar, Pusat Bersalin, Perkhidmatan-perkhidmatan sokongan klinikal iaitu Farmasi, Makmal, X-Ray yang beroperasi selama 24 jam dengan pegawai perubatan “ On Call”.
Pegawai perubatan berkenaan menyediakan perkhidmatan rawatan kepada penduduk di Tuaran yang kini sudah mencecah melebihi 100,000 orang.
Turut hadir pada majlis itu Pembantu Menteri Belia & Sukan Negeri, Datuk Jahid Jahim, Ahli parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kiulu Datuk Louis Rampas dan Pegawai Daerah Tuaran Awang Shamsi Jamih.
Dalam pada itu Hajiji turut menggesa Kerajaan Persekutuan agardapat mempercepatkan pembinaan Fasa kedua Hospital Tuaran.
Ini katanya, adalah untuk memenuhi keperluan rakyat di daerah ini yang dilihat sangat mendesak berikutan jumlah pesakit yang semakin bertambah dari masa ke semasa.
Katanya, berdasarkan kepada Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK 9) kerajaan telah bercadang untuk menaiktaraf Hospital Tuaran menerusi fasa Kedua dengan menyediakan keupayaan 50 buah katil.