Karangan 'Terbaik' UPSR


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.




TUARAN: Hutan bakau merupakan entiti alam yang masih dianggap penting bagi sebahagian besar masyarakat kampung terutamanya yang mendiami kawasan pesisir pantai seperti di Teluk Mengkabong dan Teluk Sulaman, Tuaran.

Lebih-lebih lagi umum mengetahui Teluk Mengkabong dan Teluk Sulaman telah direzabkan sebagai hutan simpan bakau agar ia terus kekal dan memberi manfaat kepada penduduk Tuaran pada masa akan datang.

Dua teluk itu juga ditonjolkan sebagai warisan dunia kerana ia memiliki nilai estetika samada daripada faktor alamnya mahupun kehidupan yang ada di dalamnya.

Hutan bakau juga banyak berperanan menghasilkan nilai ekonomi kepada penduduk kampung terutamanya dalam pengeluaran sumber untuk kayu, bahan api, kraftangan, perikanan dan akuakultur serta perubatan yang tidak didokumentasikan.

Bagi penduduk kampung yang mendiami di kawasan paya bakau menyifatkanya sebagai “lubuk rezeki”.

Ini kerana pembiakan pelbagai habitat tanah bencah seperti lokan, ketam, siput, tiram dan teritip sememangnya menjadi sumber makanan dan pendapatan kepada penduduk serta nelayan di sekitarnya.

Selain kewujudan hutan bakau ini memberi rezeki kepada penduduk kampung, ia juga dianggap sebagai pelindung daripada ancaman ombak besar.

Berdasarkan kajian hutan bakau berfungsi sebagai penahan ombak dan hakisan serta mampu menyerap tenaga yang dihasilkan daripada ombak berkenaan.

Ini menunjukkan bahawa potensi kawasan bakau ialah sebagai ekosistem yang boleh membantu mengatasi ancaman kenaikan aras laut .

Sementara itu dalam aspek pelancongan,keunikan flora dan fauna hutan bakau juga menjadikan Tuaran sebagai antara destinasi pilihan para pengunjung dalam dan luar negara lancong untuk berkunjung ke daerah itu.

Bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan dilitupi hutan bakau cukup menjadikannya ia lebih istimewa di mata para pengunjung.

Menurut penduduk kampung Tajau yang terletak kira-kira 2km dari pekan Tuaran mengakui kawasan hutan bakau di kampung mereka itu pernah didiami oleh sekumpulan monyet bangkatan ( Probhosis monkey).

Atas faktor pembangunan di kawasan itu telah menyebabkan spesis itu berhijrah ke kawasan hutan bakau lain.

Menurut mereka lagi,pelancong asing gemar menyelusuri paya bakau dengan menggunakan bot manakala pada sebelah malam pula mereka menyaksikan kelip-kelip di sekitar kawasan hutan bakau.

Menurut penduduk kampung lagi, hutan bakau sudah sinonim dengan kehidupan seharian mereka.

Disebabkan faktorlah itu ada kalangan mereka yang bekerja di kawasan bandar masih memilih untuk terus tinggal di kawasan kampung.

Kata mereka, jika hidup di kampung mereka masih boleh memperolehi sumber makanan dengan pergi ke paya bakau.

Berbanding di kawasan bandar, makanan laut seperti lokam, tiram, ketam dijual pada harga yang agak mahal tetapi jika di kampung mereka masih memperolehi dengan mudah dan percuma.