Seramai 168 anggota tentera termasuk pegawai menyertai pertandingan KembaraDuga peringkat Medan Tentera Darat (TD) tahun 2009 yang bermula pada 20 Julai dan berakhir pada 27 Julai ini.
Upacara pembukaan KembaraDuga berlangsung di Kampung Malanggang, Kiulu kira-kira 10 km dari pekan Tuaran.
KembaraDuga ini merupakan acara tahunan yang berkonsepkan ativiti lasak merangkumi lima disiplin yang dilaksanakan secara berterusan. Buat julung kalinya pertandingan KembaraDuga diadakan di Sabah.
Lima disiplin yang dipertandingan dalam KembaraDuga ialah Berakit, Jalan Lasak, Mendayung Perahu Tempur, Pandu Arah dan Menembak. Sebanyak enam pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang terdiri daripada formasi 1 Divisyen, 2 Divisyen, 3 Divisyen, 4 Divisyen, TP Medan dan Psukan dari Formasi 10 briged.
Upacara pembukaan KembaraDuga itu dirasmikan Panglima 1 Divisyen , Mejar Jeneral Datuk Mazelan b. Kasap manakala upacara penutupan yang berlangsung pada 27 Julai akan dirasmikan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Datuk Raja Mohamed Affandi b. Raja Mohamed Noor di Padang Sasar Kota Belud.